KELEBIHAN & FAEDAH SELAWAT KE ATAS RASULULLAH (صلى الله عليه وسلم)
- Menjunjung perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala
- Perkara yang sama-sama dilakukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
- Perkara yang sama dilakukan oleh para malaikat kerana para malaikat juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
- Dikurniakan 10 rahmat oleh Allah pada setiap selawat
- Ditinggikan pangkatnya 10 darjat
- Dituliskan baginya 10 kebajikan
- Dihapuskan daripadanya 10 kejahatan
Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud" Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""
- Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit
- Mendapat syafaat Nabi صلى الله عليه وسلم
- Diampunkan dosa
- Menyelesaikan masalah atau menghilangkan dukacita
- Membolehkan dekat dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم pada hari qiamat.
"Orang yang paling hampir kepadaku di hari Qiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku" (Maksud Hadith)
- Boleh menggantikan sedeqah bagi orang yang tidak sanggup bersedeqah
- Ditunaikan segala hajat
- Mendapat doa dari malaikat dan rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala
- Membersihkan hati dan mensucikannya
- Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga
- Terlepas daripada huru-hara Hari Qiamat
- Mendapat doa dan salam Nabi صلى الله عليه وسلم
- Dapat mengingatkan kembali perkara lupa.
- Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu.
- Menghilangkan kemiskinan
- Tidak termasuk dalam golongan orang yang bakhil
- Terlepas daripada kutukan Nabi صلى الله عليه وسلم " Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi tidak berselawat "
- Menyenangkan jalan-jalan masuk syurga
- Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk
- Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji Allah Subhanahu wa Ta'ala
- Mendapat Nuur ketika lalu di Titian (Sirat)
- Menjadikan kita tidak bersifat kasar
- Mendapat pujian Allah Subhanahu wa Ta'ala dan para malaikat
- Diberkati umur dan pekerjaannya
- Mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala dan sentiasa dikasihi olehNya
- Menambah mahabbah kasih sayang terhadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم
- Allah Subhanahu wa Ta'ala dan RasulNya صلى الله عليه وسلم bertambah kasih kepada kita.
- Mendapat petunjuk dan hati menjadi hidup
- Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
- Menetapkan kaki di Titian Siratalmustaqim
- Menunaikan sedikit hak Nabi dan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala
- Termasuk daripada zikrullah mengingat Allah Subhanahu wa Ta'ala & RasulNya صلى الله عليه وسلم .
- Mendapat kemuliaan dan keistimewaan Allah Subhanahu wa Ta'ala .
Telah berkata seorang 'ulama: "Sebaiknya seorang penuntut 'ilmu berselawat sebanyak 300 kali sehari (60 kali selepas solat 5 waktu)"
Berselawat sebanyak yang mampu... Kalau tak mampu, cuba melazimkan diri dengan meng'amalkan sekurang-kurangya 10x selepas solat fardhu. 10 x 5= 50 kali... kemudian, usahakan untuk kita melatih lidah kita untuk terus berselawat, insya Allah lambat laun, lidah kita akan sentiasa terbiasa "basah" dengan selawat yg mampu menenangkan hati kita sungguhpun dalam keadaan hati yg "sebak, sesak dgn ujian yg dtg bertubi-tubi"
Berselawatlah sekurang-kurangnya dengan lafaz:
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
Kalau sebelum ini, kita jarang berselawat, maka mulailah dari sekarang,(If you seldom do this before, start from this moment)... berselawat kerana Allah dan Rasulnya. Semoga kita semua mendapat manafaatnya jua.
No comments:
Post a Comment