Friday, November 18, 2011

Do'a Bangun Dari Tidur *(1)

DO'A BANGUN DARI TIDUR *(1)

Sebaik sahaja terjaga di pagi hari satelah tidur semalaman suntuk, sedarlah kita bahawa Allah Yang Maha Penyayang masih mengizinkan nyawa dikandung badan kerana selain masa rehat yang panjang, tidur juga seakan mati untuk sementara waktu.

Oleh itu puji syukur mestilah diucapkan dan disampaikan kepada-Nya yang telah mengembalikan roh kepada jasadnya dan telah memberikan kita kesempatan untuk menikmati hidup saterusnya.

Di antara do'a yang diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam dan dituntut kita membacanya satelah bangun dari tidur di pagi hari ialah :

( الحمد لله الذى احيانا بعدما اماتنا واليه النشور )

Alhamdulillaa hil lazii ahyaa naa ba' damaa amaa tanaa wa ilaihin nusyuur

maksudnya:

" Segala puji kepunyaan Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nyalah tempat kembali "

Menurut riwayat Al-Bukhari, zikir ini dibaca oleh Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam apabila Baginda bangun dari tidur di pagi hari.

Selain itu, Ibnus Sunni meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :

" Sesiapa yang bangun dari tidurnya di pagi hari, hendaklah membaca zikir ini ".:

( الحمد لله الذى رد علي روحى , وعافانى فى جسدى , وأذن لى بذكره  )

Alham du lillaa hil lazii radda 'alaiya roo hii,  wa 'aa faa nii fii jasadii, wa azina lii bizikrih

Maksudnya:
" Segala puji kepunyaan Allah yang telah mengembalikan rohku kepadaku, dan menyihatkan tubuh badanku dan telah memberikan izin kepadaku untuk menyebut-Nya (mengingat-Nya) ".



Ruj: ...[ Amalan-Amalan Sunat 16]

Wednesday, November 2, 2011

Tata Tertib Tidur *(2)

TATA TERTIB TIDUR *(2)
Ucapkanlah do'a sewaktu akan tidur:

" Dengan nama-Mu Tuhanku, aku letakkan sisiku dan dengan nama-Mu pula aku mengangkatnya, maka ampunilah aku dari semua dosaku.  Ya Allah, hindarkan daku dari siksa-Mu pada hari Engkau membangkitkan hamba-Mu.  Ya Allah, dengan nama-Mu aku hidup dan mati.  Dan aku berlindung kepada-Mu ya Allah dari  kejahatan segala yang jahat dan dari kejahatan yang melata, Engkaulah pengambil ubun-ubunnya.  Sesungguhnya Tuhanku berada di jalan yang lurus.  Ya Allah, Engkaulah yang pertama tiada sesuatu pun sabelum-Mu dan Engkaulah yang terakhir tiada sesuatu pun sesudah-Mu, Engkaulah yang dzahir tiada sesuatu pun di atas-Mu dan Engkaulah yang bathin tiada sesuatu pun selain-Mu.  Ya Allah, Engkaulah pencipta diriku dan Engkaulah yang mewafatkannya.  Hanya kepada-Mu lah hidup dan matinya.  Jika Engkau mematikannya ampunilah dia dan jika Engkau menghidupkannya jagalah dia sebagaimana Engkau memelihara para hamba-Mu yang shaleh.  Ya Allah, ku pinta pada-Mu ampunan dan kesejahteraan.  Ya Allah, bangunkanlah daku pada waktu yang  Engkau senangi dan buatlah daku beramal dengan amal yang Engkau sukai hingga aku dapat mendekatkan diri kepada-Mu sedekat-dekatnya serta jauhkan lah daku dari amarah-Mu sejauh-jauhnya. Aku telah bermohon kepada-Mu maka perkenankanlah, dan aku telah beristigfar kepada-Mu maka ampunilah , dan aku telah beerdo'a kepada-Mu maka jawablah daku. "

Kemudian bacalah : 
  • Suratul Baqarah ayat 256, 285-286 
  • Suratul Ikhlash
  • Suratul Falaq
  • Suratun Nas 
  • Suratul Mulk.
Semoga engkau tertidor dalam keadaan sedang berzikir kepada Allah dan suci daripada hadats.  Barangsiapa yang melakukan  tertib tidur saperti itu, maka ruhnya akan mi'raj ke 'Arasy dan tidurnya akan tercatat sebagai shalat sampai ia terbangun.

(Rujukan Bimbingan Permulaan Mencapai Hidayat)
@@**@@



Monday, October 31, 2011

Tata Tertib Tidur *(1)

TATA TERTIB TIDUR *(1)

Ketahuilah bahawa tidur itu seumpama mati sedang bangun tidur seumpama bangkit dari mati di hari manusia di bangkitkan.  Mungkin Allah (سبحانه وتعالى)  akan mencabut rohmu di waktu engkau sedang tidur di malam hari. Maka hendklah engkau bersedia untok menemui-Nya. Semua wasiatmu  telah tersimpan di bawah bantal kepalamu.

Jika engkau hendak tidur :
  • Hadapkan pembaringan ke arah kiblat.
  • Tidurlah dengan memiringkan badan kesebelah kanan (saperti letak mayat di liang lahad dalam kubur). Dan ingatlah bahawa engkau akan terbaring di liang lahad saperti itu seorang diri, tak ada sesuatu pun yang akan menemani kecuali amalmu .
  • Tidurlah dalam keadaan suci bersih. (Dengan membersihkan  diri dan bersugi)
  • Taubat dari segala dosa (beristigfar dengan sungguh-sungguh  untok tidak kembali kepada maksiat).
  • Camkanlah  dengan kuat bahawa engkau akan berbuat baik terhadap kaum muslimin seandainya Allah (سبحانه وتعالى)  masih membangkitkan engkau dari tidurmu.
  •  Tanamkan niat di dalam hatimu untok bangun malam mengerjakan sembahyang malam atau bangun sabelum fajar shubuh menyingsing (mengerjakan 2 raka'at sabelum shubuh kerana ia adalah perbendaharaan  kebajikan yang yang tak ternilai bagi persediaan hari faqirmu - ketika engkau mati) .
Ketahuilah bahawa siang dan malam itu 24 jam lamanya .  Janganlah tidurmu  lebih dari 8 jam lamanya dalam sehari (satu per tiga hari). Kerana andai engkau mencapai usia 60 tahun maka bererti engkau kehilangan  daripadanya  20 tahun ( sapertiga dari usiamu 60 tahun).



(Rujukan Bimbingan Permulaan Mencapai Hidayat)
@@**@@



Friday, September 30, 2011

MALU

MALU

Hendaklah kamu tetap mempunyai rasa malu menurut agama, kerana sesungguhnya malu itu sebahagian dari Iman.

Thursday, March 17, 2011

Kelebihan Ilmu Yang Memberi Manfa`at

 KELEBIHAN ILMU YANG MEMBERI MANFA`AT
 
ILMU itu perbendaharaan dan anak kuncinya ialah bertanya, maka tanyalah akan ilmu kerana diberi  pahala didalamnya itu akan empat  orang iaitu:
  1. Orang yang bertanya akan ilmu
  2. Orang yang mengetahui akan ilmu lagi mengajarkannya
  3. Orang yang mendengarkan orang yang mengajar akan ilmu itu
  4. Orang yang kasih bagi mereka itu ( yang bertanya dan yang mengajar ilmu).
Kelebihan ilmu yang memberi manfaat sangat banyak sekali dan satengah daripadanya :
  • Allah Ta`ala mengangkat derajat orang yang diberi ilmu akan beberapa derajat. Derajat ulama (orang yang berilmu) itu 700 kali melebihi derajat orang mukmin.
  • Orang yang mempunyai ilmu tidak sama dengan orang yang jahil (tidak mempunyai ilmu).
  • Golongan yang takut akan Allah ialah daripada mereka yang berilmu.
  • Orang berilmu mengetahui akan segala misal yang Allah umpamakan bagi manusia.
  • Allah Ta`ala memulakan saksi ketuhanan itu dengan diriNya dan diiringi  oleh malaikatNya dan orang yang mempunyai ilmu sebagai saksi ketiga,
  • Ulama (orang berilmu) mewarisi akan Nabi-nabi, tiada martabat yang mulia melebihi martabat Nabi-nabi dan demikian juga orang yang mewarisinya.
  • Mukmin yang berilmu itu terlebih baik diantara manusia.
  • Pakaian iman itu adalah takut akan Allah Ta`ala,  perhiasannya adalah malu dan buahnya adalah ilmu.
  • Pada hari kiamat Allah Ta`ala akan mengizinkan ulama untok memberikan syafaatnya satelah syafaat nabi-nabi.
  • Segala malaikat didalam tujuh petala langit dan segala isi bumi meminta ampun kepada Allah Ta`ala bagi orang yang alim (berilmu).
  • Barangsiapa belajar ilmu Fiqeh dengan niat mendirikan agama Allah Ta`ala  nescaya dimudahkan rezqinya.
  • Orang Alim (berilmu) itu dipercayai Allah Ta`ala di dalam bumi.
  • Kelebihan orang yang alim (berilmu) atas orang yang `abid (ahli ibadat) saperti kelebihan Rasulullah atas sahabatnya. Orang alim itu mengetahui ilmu Tariqat dan Hakikat dan orang yang `abid (ahli ibadat) mengetahui ilmu Syari`at (ilmu Fiqeh) kerana orang yang tidak ada ilmu Syari`at tidak dinamakan `abid (ahli ibadat) kerana ibadatnya itu tidak sah melainkan dengan ilmu. Ilmu Tariqat dan Haqiqat itu terlebih derajatnya daripada ilmu fiqeh dan ilmuusuluddin.
  • Kelebihan orang yang mukmin yang alim (berilmu ) dan orang yang `abid (ahli ibadat) itu tujuh puluh derajat..
  • Pada hari kiamat Allah Ta`ala membangkitkan segala ulama dan dikatakan kepada mereka bahawasanya tiada Allah taruh ilmuNya kepada mereka melainkan kerana pengetahuanNya dengan mereka dan tiada Allah taruh ilmuNya pada mereka kerana untuk disiksaNya. Sesungguhnya mereka telah mendapat keampunan Allah, lalu Allah Ta`ala memasukkan mereka kedalam syurga.
  • Amal yang terlebih afdal ialah mengetahui Allah `Azza wajalla. Amal yang terlebih pahalanya ialah mengetahui Allah Ta`ala. Sedikit amal serta mengenal Allah Ta`ala terlebih manfaat. Banyak amal tetapi jahil (tidak berilmu) kepada Allah Ta`ala itu tidak memberi manfaat.
  • Segala malaikat itu merendahkan akan sayapnya kerana membesarkan orang yang menuntut ilmu.

Tuesday, February 15, 2011

Maulidin Nabi Sallallahu `Alaihi Wasallam

MAULIDIN NABI SALLALLAHU `ALAIHI WASALLAM

Tiada Tuhan melainkan Allah,
Dengarlah....
Muhammad Pesuruh Allah,
Dengarlah....

Kami memohon pada Allah,
Kami memohon pada Allah,
Dengarlah.....
Muga-muga Dia jadikan kami orang-orang saleh,
Dengarlah..........


Kami memohon pada Allah,
Kami memohon pada Allah,
Dengarlah.....
Muga-muga Dia kabulkan hajat-hajat kami,
Dengarlah..........

Allah redhakan Muhammad,
Kami redhakan Allah, 
Dengarlah........
Kami redhakan Muhammad,
Muhammad redhakan Allah,
Dengarlah........

Hai Nabi Allah, 
Hai kekasih Allah,
Dengarlah......
Hai kekasih Allah, 
Hai pesuruh Allah,
Dengarlah........

Hai wali-wali Allah,
Hai wali-wali Allah,
Dengarlah.....
Tolonglah kami kerana Allah,
Dengarlah.....

Tolonglah kami pada jalan Allah,
Dengarlah...........
Muga-muga kami bertuah dengan kemurahan Allah,
Dengarlah.......

Dan kami sudahi dengan mendoakan kesejahteraan, 
Dengarlah.............
Kepada Muhammad Pesuruh-Nya yang terpilih,
Dengarlah...

Tiada Tuhan melainkan Allah,
Tiada Tuhan melainkan Allah,
Tiada Tuhan melainkan Allah,
Muhammad ialah Pesuruh Allah,

Kami mohon padamu (hai wali),
harap dapat berdampingan,
Apa-apa hajat kami padamu tolonglah,
Kerana Allah.

Wahai wali-wali Allah yang berbagai-bagai darjat,
Persilakan datang dan  tolong,
Kerana Allah.

Dengan nama Allah kami buka pintu,
Tibalah kekasih-kekasih Allah,
Diedarkan gelas-gelas minuman,
Kami minumnya dengan nama Allah.

Hai Tuhan,
Dengan berkat wali-wali-Mu,
Tunaikan cita-cita kami,
Muga-muga kami ria dan lapang untuk berusaha kerana-Mu.

Muga-muga Allah sejahterakan Nabi yang mendapat petunjuk,
Dan yang memberi syafa`at (pertolongan) di Hari Kiamat.

Tiada Tuhan melainkan Allah,
Tiada Tuhan melainkan Allah,
Tiada Tuhan melainkan Allah,
Muhammad Pesuruh Allah yang dimuliai,

Pada-Mu (Allah) kami mohon supaya diampunkan dosa-dosa kami,
Dan ringankan keberatan dosa-dosa kami yang banyak dosa.

Cenderongkan kami pada kebenaran dan peliharakan hati kami,
Dari kesesatan dan nafsu yang jahat,
Hai sebaik-baik Penjaga.

Kami mohon supaya di hari yang didedah segala  rahsia,
Ditutup kesalahan-kesalahan kami dan dihapuskan dosa-dosa kami.

Dan hai Tuhan,
Sejahterakan setiap hari dan malam,
Pada Ahmad Nabi yang terpilih dari keluarga Hasyim.

Tiada Tuhan melainkan Allah,
Tiada Tuhan melainkan Allah,
Tiada Tuhan melainkan Allah,
Muhammad Pesuruh Allah yang disuci,

Engkau (Muhammad) umpama bulan purnama malah lebih berseri,
Wajahmu umpama titisan air yang manis dan lazat.

Wahai perhiasan dunia dan sasaran segala harapan,
Siapakah pernah melihat lebih elok dari wajahmu?
Maka tiada anak cucu Hawa dari benih Adam,
Dan hatta di dalam Syurga tiada sesiapa menyamaimu.

Kerana bahagianmu yang pertama umpama matahari dan keduamua bintang,
Dan ketigamu umpama bulan purnama yang bulat dan bersinar.

Dan keempatmu kafur wangi dan kelimamu umpama ambar,
Dan keenammu permata yakut dan bakimu permata-permata yang lain.

Kemudian jarimu yang lima itu ada lima  erti,
Ataupun yang demikian itu sebagai tanda-tanda perhatian.

Jari tengahmu ialah Abu Bakar dan jari manismu Umar,
Jari kelengkengmu Othman dan ibu jarimu Ali.

Manakala jari telunjukmu ialah penyudah Rasul,
Dan dia itu tiada lain ialah dirimu Nabi yang disuci.

Muhammad Pesuruh Allah dan Ka`abah Qiblatku,
Dan ugamaku lebih tinggi dan mulia dari lain-lain ugama.

Muhammad akan memberi syafa`at dan Allah sangat pengampun,
Maka tiada tuhan melainkan Allah dan dia Maha Besar.

Dan Muga-muga Tuhan sejahterakan setiap siang dan malam,
kepada Ahmad yang terpilih disuci.

*~ اللهم صل على حبيبك سيدنا محمد وعلى اله وصحبه  وبارك  وسلم .  الفاتحة ~*

Wednesday, February 2, 2011

Bersyukur Dan Jangan Kufur Ingkar

BERSYUKUR DAN JANGAN KUFUR INGKAR

Firman Allah Subhanahu Wata`aala didalam Surah Ibrahim Ayat 7 (maksudnya) :

" DAN ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku (Allah) akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras. "


~*~ مأ نيسث إيمان ~*~

Thursday, January 27, 2011

Kerjakan Sembahyang Dan Bersabar Menunaikanya

KERJAKAN SEMBAHYANG DAN BERSABAR MENUNAIKANNYA

Firman Allah Subhanahu Wata`aala didalam Surah Thaahaaa Ayat 132 (maksudnya) :

"  DAN perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau bersabar menunaikannya.  Kami tidak meminta  rezeki kepadamu, bakan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.  Dan ingatlah kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. "



~*~ مأ نيسث  إيمان ~*~

Wednesday, January 26, 2011

Menyempurnakan Saf

MENYEMPURNAKAN SAF

Perkara ini telah ditegaskan oleh Rasulullah Sallallahu`alaihi Wasallam didalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud :

" Dari  Annas sesungguhnya Rasulullah Sallallahu`alaihi Wasallam bersabda : Sempurnakanlah oleh kamu saf (saf yang depan yang pertama), kemudian saf-saf berikutnya, maka saf yang kurang itu (disebabkan sedikit makmum) hendaklah di saf bahagian belakang."


~*~ مأ نيسث  إيمان ~*~

Saturday, January 22, 2011

Mensia-siakan Amanah

MENSIA-SIAKAN AMANAH

Perkara ini telah ditegaskan oleh Rasulullah Sallallahu`alaihi Wasallam didalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari :

" Dari  Abu Hurairah Radhiallahu `anhu  Rasulullah Sallallahu`alaihi Wasallam bersabda : Apabila amanah  telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran."


~*~ مأ نيسث  إيمان ~*~

Wednesday, January 12, 2011

Orang Sakit Doanya Makbul

ORANG SAKIT DOANYA MAKBUL

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah di dalam sebuah hadith bahawa Rasulullah Sallallahu `alaihi Wasallam bersabda (ertinya) : 

" Apabila engkau datang mengunjungi orang yang sakit  maka mintalah agar dia mendoakan mu, kerana doanya (makbul) saperti doa para Malaikat."

Tuesday, January 11, 2011

Menghitung Nikmat Allah

MENGHITUNG NIKMAT ALLAH


Firman Allah Ta`ala didalam surah An-Nahl ayat 18 (ertinya) :

" DAN jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu per satu ; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani."

Dari itu banyaklah bersyukur kepada Allah dan banyak berzikir kepadaNya agar kita tidak tergolong orang-orang yang kufur nikmat.


Wednesday, January 5, 2011

Berbuat Baiklah Dan Peliharalah Sembahyang

BERBUAT BAIKLAH DAN PELIHARALAH SEMBAHYANG

Firman Allah didalam Surah al-Baqarah ayat 195 (maksudnya):

" Dan  nafkahkanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan  diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik."



Firman Allah didalam Surah al-Mu`minun ayat 8-11 (maksudnya):

" Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.  Yang akan mewarisi Syurga Firdaus mereka kekal di dalamnya."


*(مأ نيسث  إيمان)*

Saturday, January 1, 2011

Akibat Menyerupai Sesuatu Kaum

AKIBAT MENYERUPAI SESUATU KAUM

Perkara ini telah ditegaskan oleh Rasulullah Sallallahu`alaihi Wasallam didalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud :

" Dari Ibnu Umar Radhiallahu `anhu ia berkata, telah bersabda Rasulullah Sallallahu`alaihi Wasallam :  Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia dianggap salah seorang dari kalangan mereka "


~*~ مأ نيسث  إيمان ~*~


Popular Posts