Tuesday, December 21, 2010

Shalat Subuh Lebih Baik Daripada Tidur

SHALAT SUBUH LEBIH BAIK DARIPADA TIDUR


Nabi Sallallahu`alaihi Wasallam bersabda:

`` Tidak ada shalat yang lebih berat bagi orang-orang munafiq daripada shalat Subuh dan Isya.``

Bersungguh-sungguhlah mengamalkan Islam. Pada zaman dahulu orang-orang malas  shalat Subuh kerana gelapnya malam, tetapi lain halnya dizaman serba canggih ini, orang-orang malas shalat Subuh akibat dilalaikan oleh melimpahnya fasilitas (kemudahan) terkini dan semua ini membuat orang tidak ada masa hendak shalat Subuh apalagi hendak melangkah ke masjid.

Akhir-akhir ini didapati bahawa shalat Subuh boleh menjadi terapi dari berbagai penyakit, contohnya:
  • Dapat menghilangkan kemalasan
  • Menyegarkan badan
  • Melancarkan peredaran darah  satelah tidur
Udara yang segar yang belum tercemar akan:
  • Menyegarkan jantung
  • Menguatkan paru-paru
  • Memperbarui sel-sel yang mati
  • Memperbaiki kinerja organ-organ tubuh pelaku shalat Subuh
Berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan shalat Subuh mempunyai banyak  manfa`at, diantaranya:
  • Meningkatkan daya tahan tubuh
  • Menguatkan otot-otot badan
  • Menambah kelenturan sendi-sendi
  • Melunggarkan urat-nadi
  • Dapat menghidupkan sel-sel
  • Memperbaiki kinerja jantung
  • Meningkatkan kemampuan otak dan daya ingat.
Tetapi harus diingat mengerjakan shalat Subuh bukanlah semata-mata kerana muslihat di atas. Ingatlah Allah telah memberi kita kebaikan yang amat banyak maka janganlah pula ia melalaikan kita dari melaksanakan shalat. Kerjakanlah shalat bersungguh-sungguh dan korbankanlah sedikit masa untuk bersyukur kepada-Nya yang telah memberikan kebaikan yang banyak dan tidak terhingga.

(Wabillahit taufiq)

Sunday, December 19, 2010

Jangan Hampiri Zina

JANGAN HAMPIRI ZINA

MANISNYA IMAN:

Firman Allah didalam Surah al-Isra`, ayat 32 (maksudnya)

`` DAN janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan  keji dan satu  jalan yang jahat yang membawa kerosakan. ``

(Benarlah Firman Allah Yang Maha Agung)

Sunday, December 12, 2010

KEMBALI INSAF DAN BERTAUBAT

Kembali Insaf Dan Bertaubat


MANISNYA IMAN :


`` TELAH timbul  berbagai kerosakan  dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia, timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan  mereka  sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali insaf dan bertaubat. ``
( Makna Surah Ar Ruum ayat 41)





Friday, December 10, 2010

Kelebihan Selawat Ke Atas Rasulullah

KELEBIHAN & FAEDAH SELAWAT KE ATAS RASULULLAH (صلى الله عليه وسلم)


  • Menjunjung perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala
  • Perkara yang sama-sama dilakukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
  • Perkara yang sama dilakukan oleh para malaikat kerana para malaikat juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
  • Dikurniakan 10 rahmat oleh Allah pada setiap selawat
  • Ditinggikan pangkatnya 10 darjat
  • Dituliskan baginya 10 kebajikan
  • Dihapuskan daripadanya 10 kejahatan


Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud" Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""

  • Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit
  • Mendapat syafaat Nabi صلى الله عليه وسلم
  • Diampunkan dosa
  • Menyelesaikan masalah atau menghilangkan dukacita
  • Membolehkan dekat dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم pada hari qiamat.

"Orang yang paling hampir kepadaku di hari Qiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku" (Maksud Hadith)

  • Boleh menggantikan sedeqah bagi orang yang tidak sanggup bersedeqah
  • Ditunaikan segala hajat
  • Mendapat doa dari malaikat dan rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala
  • Membersihkan hati dan mensucikannya
  • Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga
  • Terlepas daripada huru-hara Hari Qiamat
  • Mendapat doa dan salam Nabi صلى الله عليه وسلم
  • Dapat mengingatkan kembali perkara lupa.
  • Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu.
  • Menghilangkan kemiskinan
  • Tidak termasuk dalam golongan orang yang bakhil
  • Terlepas daripada kutukan Nabi صلى الله عليه وسلم  " Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi tidak berselawat "
  • Menyenangkan jalan-jalan masuk syurga
  • Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk
  • Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji Allah Subhanahu wa Ta'ala
  • Mendapat Nuur ketika lalu di Titian (Sirat)
  • Menjadikan kita tidak bersifat kasar
  • Mendapat pujian Allah Subhanahu wa Ta'ala dan para malaikat
  • Diberkati umur dan pekerjaannya
  • Mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala dan sentiasa dikasihi olehNya
  • Menambah mahabbah kasih sayang terhadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم
  • Allah Subhanahu wa Ta'ala dan RasulNya صلى الله عليه وسلم bertambah kasih kepada kita.
  • Mendapat petunjuk dan hati menjadi hidup
  • Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Nabi Muhammad                   صلى الله عليه وسلم
  • Menetapkan kaki di Titian Siratalmustaqim
  • Menunaikan sedikit hak Nabi  dan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala
  • Termasuk daripada zikrullah mengingat Allah Subhanahu wa Ta'ala & RasulNya      صلى الله عليه وسلم . 
  • Mendapat kemuliaan dan keistimewaan Allah Subhanahu wa Ta'ala .

Telah berkata seorang 'ulama: "Sebaiknya seorang penuntut 'ilmu berselawat sebanyak 300 kali sehari (60 kali selepas solat 5 waktu)"




Berselawat sebanyak yang mampu... Kalau tak mampu, cuba melazimkan diri dengan meng'amalkan sekurang-kurangya 10x selepas solat fardhu. 10 x 5= 50 kali... kemudian, usahakan untuk kita melatih lidah kita untuk terus berselawat, insya Allah lambat laun, lidah kita akan sentiasa terbiasa "basah" dengan selawat yg mampu menenangkan hati kita sungguhpun dalam keadaan hati yg "sebak, sesak dgn ujian yg dtg bertubi-tubi" 

Berselawatlah sekurang-kurangnya dengan lafaz:
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم


Kalau sebelum ini, kita jarang berselawat, maka mulailah dari sekarang,(If you seldom do this before, start from this moment)... berselawat kerana Allah dan Rasulnya. Semoga kita semua mendapat manafaatnya jua.



Tuesday, December 7, 2010

Hijrah Kepada Islam

HIJRAH KEPADA ISLAM

``Saya tertarik pada agama Islam sejak di bangku sekolah lagi namun keinginan bertambah kuat untuk memilih agama suci dunia dan Akhirat ini setelah mendapat taufik dan hidayah daripada Allah Subhanahu Wata`ala.`` Begitulah kata-kata daripada seorang insan yang hijrah kepada Islam dan menjadikan Islam sebagai pegangan hidupnya.

Firman Allah Ta`ala didalam  Surah At-Taubah ayat 20, maksudnya:

``Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjihad.``

Hijrah bukan sahaja terbatas kepada pengertian berpindah dari satu tempat atau ketempat yang lain, tetapi juga boleh meliputi kepada makna berpindah dari sifat atau perbuatan yang tidak baik kepada baik, contohnya mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala perbuatan yang ditegah dan diharamkan untuk menuju ke arah kehidupan yang lebih baik dan sempurna serta mendapat keredhaan Allah. Hijrah saperti inilah yang wajib dilakukan oleh setiap orang Islam. (Di petik dari kandungan khutbah Juma`at).

Mesej Hijrah tetap akan berlaku dan berterusan  sehingga bila-bila masa.  Sabda Rasulullah Sallallahu `alaihi Wasallam (maksudnya):

``Dari Muawiyyah Radiallahu`anhu ia berkata:  Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu`alaihi Wasallam bersabda: Hijrah itu tidak akan terhenti sehinggalah tertutupnya peluang taubat dan peluang taubat itu tidak akan tertutup sehinggalah matahari terbit dari tempat terbenamnya.``
 (Al-Imam Abu Daud).

Hijrah mempunyai pertalian yang rapat dengan Iman dan jihad. Hijrah akan terlepas tanpa disandarkan kepada keduanya.  Firman Allah didalam Surah Al-Baqarah ayat 218 (maksudnya):

``Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah untuk menegakkan agama Islam, mereka inilah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi.``

Disini jelas dalam setiap perjuangan terdapat tiga unsur yang saling memerlukan antara satu sama lain iaitu iman, hijrah dan jihad.  Hijrah hati adalah hijrah yang hanya memerlukan kemahuan, keazaman, kesanggupan dan keikhlasan  dalam melaksanakannya.  Walaupun hijrah ini tidak memerlukan pengorbanan fizikal dan harta benda, tetapi ia sukar untuk disempurnakan.  Beruntunglah orang-orang yang dapat melaksanakannya kerana hati adalah menjadi tempat jatuhnya pandangan dan nilaian Allah terhadap hambanya.  Pada hati juga letaknya niat yang akan dinilai pahalanya oleh Allah.

Banyak kita boleh  lakukan dalam memperbaiki diri (disamping yang wajib) :

  • Perbaiki dan hargailah persahabatan.
  • Perbaiki prestasi kejayaan lalu.
  • Kenal pasti kelemahan diri dan berusaha memperbaikinya.
  • Banyak mendengar dan belajar ilmu yang bermanfaat.
  • Berziarah dan perbaiki silaturrahim.
  • Perbaiki cara berfikir yang produkifi berlandaskan iman.
  • Pelajari akhlak Rasulullah dan jadikan ikutan.
  • Jangan sekali-kali terfikir untuk berbuat kejahatan apa lagi untuk melaksanakannya.
  • Bertafakur untuk meningkatkan kesedaran.
  • Jaga kesihatan supaya tidak terjejas kewajiban.

Friday, December 3, 2010

Sifat-Sifat Orang Mu`min

SIFAT-SIFAT ORANG MU`MIN

Sesungguhnya orang-orang yang beriman (orang yang sempurna imannya) itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, maksudnya apabila disebutkan sifat-sifat yang mengagungkan dan memuliakan-Nya, mereka akan terasa gerun dan takut.  Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, bertambahlah iman mereka karenanya dan kepada Allah sahaja mereka bertawakkal.

Orang-orang yang beriman dengan sabenarnya, mereka  mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezqi yang Allah telah berikan kepada mereka.  Mereka akan memperolehi beberapa derajat ketinggian di sisi Allah dan ampunan serta rezqi (nikmat) yang mulia.

Wahai jiwa yang lalai !.........
Berusahalah menegakkan dan menyempurnakan shalat, terlalu banyak perkara dunia yang melalaikan, terutama di akhir zaman.

Ya Allah, Mudahkanlah kami untuk menguruskan segala rezqi yang Engkau berikan kepada kami mengikut garis pandu yang telah Engkau berikan  dan sunnah kekasih-Mu .

~*~

Thursday, December 2, 2010

Ilmu Pengetahuan

ILMU PENGETAHUAN

MANISNYA IMAN :

`` DENGAN ilmu pengetahuan, Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan ada lagi diatasnya yang lebih mengetahui.``

(Surah Yusuf, Ayat 86).

Popular Posts