TATA TERTIB TIDUR *(1)
Ketahuilah bahawa tidur itu seumpama mati sedang bangun tidur seumpama bangkit dari mati di hari manusia di bangkitkan. Mungkin Allah (سبحانه وتعالى) akan mencabut rohmu di waktu engkau sedang tidur di malam hari. Maka hendklah engkau bersedia untok menemui-Nya. Semua wasiatmu telah tersimpan di bawah bantal kepalamu.
Jika engkau hendak tidur :
- Hadapkan pembaringan ke arah kiblat.
- Tidurlah dengan memiringkan badan kesebelah kanan (saperti letak mayat di liang lahad dalam kubur). Dan ingatlah bahawa engkau akan terbaring di liang lahad saperti itu seorang diri, tak ada sesuatu pun yang akan menemani kecuali amalmu .
- Tidurlah dalam keadaan suci bersih. (Dengan membersihkan diri dan bersugi)
- Taubat dari segala dosa (beristigfar dengan sungguh-sungguh untok tidak kembali kepada maksiat).
- Camkanlah dengan kuat bahawa engkau akan berbuat baik terhadap kaum muslimin seandainya Allah (سبحانه وتعالى) masih membangkitkan engkau dari tidurmu.
- Tanamkan niat di dalam hatimu untok bangun malam mengerjakan sembahyang malam atau bangun sabelum fajar shubuh menyingsing (mengerjakan 2 raka'at sabelum shubuh kerana ia adalah perbendaharaan kebajikan yang yang tak ternilai bagi persediaan hari faqirmu - ketika engkau mati) .
Ketahuilah bahawa siang dan malam itu 24 jam lamanya . Janganlah tidurmu lebih dari 8 jam lamanya dalam sehari (satu per tiga hari). Kerana andai engkau mencapai usia 60 tahun maka bererti engkau kehilangan daripadanya 20 tahun ( sapertiga dari usiamu 60 tahun).
@@**@@
No comments:
Post a Comment